BM | EN | 中文

Sertai forum JohorKini ‘Pasca Covid-19: Masa Depan Pekerja Malaysia di Singapura’

forum-johorkini.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Orang ramai dipelawa untuk menyertai forum anjuran Johorkini bertajuk ‘Pasca Covid-19: Masa Depan Pekerja Malaysia di Singapura’ esok.

Pada forum ini, antara perkara yang akan dibincangkan ialah berkenaan isu-isu sekitar pandemik Covid-19 yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, serta cabaran pemerintah di kedua-dua negara dalam mempertimbangkan golongan ini ketika menggubal dasar.

Antara ahli panel yang akan menyertai perbincangan ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Muar, Profesor Donald Low, ahli akademik dari Institut Dasar Awam di Universiti Sains dan Teknologi, Hong Kong serta Andrew Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Johor.

Advertisement

Forum akan diadakan pada hari Jumaat, 1 Mei 2020, bermula dari jam 11.30 pagi (GMT + 8) dan akan dimudahcara oleh Fadhil Ihsan, ahli jawatankuasa Badan Peguam Johor.

Tempat adalah terhad dan bagi mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan berikut : https://us02web.zoom.us/…/register/WN_-NKXHWezS1GMHsAdSRSBvQ

Jumpa anda disana!

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top