BM | EN | 中文

Sering berlaku kemalangan, Jalan Parit Karjo di Senggarang perlu diselenggara dan baikpulih

Jalan-Parit-Karjo-Adun-Senggarang-perlu-diselenggara-dan-baikpulih.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 NOV: Kejadian kemalangan termasuk melibatkan nyawa yang sering berlaku berhampiran simpang di Jalan Parit Karjo dalam DUN Senggarang memerlukan perhatian pihak berkuasa.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, pihak kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) dicadang untuk menaiktaraf dan membina infrastruktur keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada terus berlaku.

“Kita sudah kenal pasti apa yang berlaku di kawasan ini antaranya jambatan Sungai Senggarang yang sempit dan merbahaya.

Advertisement

“Selain itu simpang tersebut tiada lampu isyarat dan kenderaan yang semakin bertambah di kawasan itu juga menjadi punca kemalangan sehingga ada yang membawa kepada maut.

“Penyelenggaraan jalan yang tidak sempurna juga dikatakan sebagai punca kemalangan kerap berlaku di jalan penghubung berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Khairuddin turut mencadangkan kerja naiktaraf jambatan utama di pekan Senggarang lampu isyarat tambahan dibina di jalan itu bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Advertisement

“Saya juga telah membawa perkara ini kepada sidang DUN Johor pada 10 September yang lepas agar kerja naiktaraf dilakukan dengan kadar segera.

“Jawapan yang diterima adalah cadangan meluruskan jalan termasuk naik taraf dari dua lorong ke empat lorong FT 005 jalan Persekutuan telah dimasukkan dalam RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12).

“Namun rancangan tersebut akan memakan masa yang lama. Permohonan berasingan perlu disegerakan untuk pembinaan lampu isyarat di pekan Senggarang tersebut,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top