BM | EN | 中文

Serba Dinamik kurangkan pergantungan kepada perolehan minyak

serba-dinamik.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Serba Dinamik Holdings Bhd menyasar untuk mengurangkan kebergantungan syarikat kepada perolehan minyak dan gas pada kira-kira 40 hingga 45 peratus menjelang 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pihaknya turut menyasarkan pengurangan perolehan daripada segmen minyak dan gas kepada 75 peratus tahun ini daripada 85 peratus pada 2019.

“Kepelbagaian syarikat pada asasnya akan menumpukan segmen berkaitan teknologi.

Advertisement

“Ini akan memperkukuh kedudukan kewangan syarikat,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi segmen bukan minyak dan gas, syarikat perkhidmatan tenaga itu menyasarkan sumbangan perolehan sehingga 55 peratus dalam tempoh dua tahun.

Syarikat ini merancang untuk meningkatkan perolehan teknologi kepada tujuh peratus atau RM350 juta tahun ini dan sekali ganda lagi pada 2021, katanya.

Advertisement

Mohd Abdul Karim berkata sementara itu, kerjasama dengan Huawei akan mempercepatkan lagi transformasi digital Serba Dinamik dalam industri minyak dan gas.

“Ini akan menjadikan transformasi digital bukan hanya untuk sektor minyak dan gas malah memulakan penyelesaian inovatif berasaskan awan.

“Kerjasama ini juga termasuk usaha mewujudkan kawasan perindustrian pintar di Sarawak dan Johor,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan berkata berdasarkan kerjasama itu, pihaknya akan menyediakan teknologi 5G, perkhidmatan awan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk merealisasikan transformasi digital Serba Dinamik.

“Kami yakin perkongsian ini akan memacu kesambungan yang sentiasa ada dan menawarkan penyelesaian awan serta AI ke setiap kawasan di Malaysia,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top