BM | EN | 中文

Serba Dinamik kerjasama dengan UTM dalam pembangunan teknologi membran

Universiti-Teknologi-Malaysia-UTM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 APR: Serba Dinamik Group Bhd mengumumkan kerjasama dengan Membrane Technology (M) Sdn Bhd (MTMSB), syarikat sampingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dalam pembangunan teknologi membran lanjutan bagi rawatan air dan air sisa serta hemodialisis.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pembuatan teknologi membran bagi projek rawatan air dan air sisa yang akan menjadi penyelesaian bagi masalah gangguan air.

“Projek ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sebelum dikomersialkan.

Advertisement

“Sekarang ini, kemudahan pembuatan membran berskala industri ini sedang dibangunkan di Pasir Gudang, Johor,” katanya dalam satu majlis pemeteraian perjanjian secara maya semalam

Memorandum persetujuan itu ditandatangani antara Abdul Karim dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail yang mewakili MTMSB.

Sementara itu, Ahmad Fauzi berkata permintaan terhadap rawatan hemodialisis telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini pada kadar yang membimbangkan dan kerjasama untuk membangunkan rawatan hemodialisis di dalam negara akan membantu menangani keperluan itu.

Advertisement

“Di Malaysia, hospital dan pusat hemodialisis mendapatkan bekalan rawatan daripada pengedar tempatan yang berbeza, yang mengimport rawatan hemodialisis dari Jerman dan Jepun.

Oleh itu, kami telah memulakan penyelidikan dan pembangunan membran merah jambu untuk rawatan hemodialisis pada 2015, katanya. Tambah Ahmad Fauzi, membran gentian serat yang dibuatnya mempunyai sifat pemisahan dan anti mendapan yang sangat baik yang berpotensi disertakan dalam rawatan hemodialisis.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top