BM | EN | 中文

‘Serangan’ kepada Muhyiddin selepas sekian lama rakyat pendam kemarahan

Noor-Khalim-Sakib.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 8 FEB: Serangan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di media sosial telah dijangka dan rakyat sudah melihat akibat dari pemerintahan yang tidak stabil susulan ‘Langkah Sheraton’ tahun lalu.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Noor Khalim Sakib, berkata sebelum ini kita hanya mendengar luahan rasa tersebut di peringkat kedai kopi sahaja tetapi hari ini segalanya telah diluahkan secara nyata.

“Apa yang perlu Muhyiddin lakukan adalah kembalikan semula kepercayaan orang ramai terhadap sistem demokrasi dengan menyerahkan semula keputusan yang dibuat rakyat pada PRU 14 yang lalu.

Advertisement

“Beliau (Muhyiddin) tidak boleh mendabik dada seperti sebelum ini terhadap pengkhianatan yang dibuat hampir setahun itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ketidakadilan yang berlaku seperti hukuman yang dikenakan menjadi antara faktor rakyat mula bersuara lantang.

“Mana rakyat tak marah bila mereka melihat hukuman seperti kompaun dikenakan kepada rakyat sedangkan menteri dan mereka yang berpangkat tidak dikenakan sebarang hukuman setimpal.

Advertisement

“Selain itu pelbagai lagi skandal dan konspirasi mula dibongkarkan oleh beberapa pemimpin pembangkang.

“Sampai bila rakyat boleh dipermainkan seperti ini dan tibalah masanya mereka bersuara selepas lama mereka pendam perkara tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top