BM | EN | 中文

Seramai 13 positif Covid-19 libatkan warga Rohingya di Kulai

kulai-besar-sanitasi-covid-19-rohingya.jpg

Proses nyahcemar dan sanitasi turut dilakukan di sekitar Kulai

KULAI, 21 APR: Sebanyak 13 kes positif Covid-19 dicatatkan melibatkan warga Rohingya di Kulai, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

“Untuk makluman, sehingga 19 April 2020, sebanyak 659 iaitu 100 peratus saringan telah dilakukan terhadap warga Rohingya di kawasan itu.

“Daripada jumlah itu, 13 kes positif telah direkodkan, 396 menunjukkan keputusan negatif, dan 250 masih menunggu keputusan,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, saringan juga turut dilakukan kepada penduduk-penduduk lain di kawasan itu.

“Kerajaan negeri memandang serius mengenai situasi itu dan telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan penularan wabak Covid-19
di kawasan itu dapat dihalang,” tambah Vidyananthan.

Dalam pada itu katanya, kawalan keselamatan yang lebih ketat turut dilakukan di Lorong Kulai Besar, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meletakkan kawalan statik 24 jam di lorong tersebut.

“Operasi sanitasi awam di kawasan Lorong Kulai Besar sudah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada 2 April 2020, dan sekali lagi pada hari semalam (20 April 2020) membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kulai, Southern Waste Management, SWCorp dan Polis Diraja Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top