BM | EN | 中文

Serah semula mandat kepada rakyat – Amanah Johor

IMG-20200224-WA0012.jpg

Aminolhuda Hassan (tengah) bergambar bersama murid sekolah angkat UEM Sunrise selepas merasmikan Program Bengkel Drama dan Bahasa Inggeris 'Highly Immersive Programmes' anjuran UEM Sunrise, di Medini Mall.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 FEB: Pemimpin parti politik di negara ini dinasihatkan untuk membentuk sebuah kerajaan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dengan menyerahkan semula mandat kepada rakyat.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, rakyat negara ini mampu membuat keputusan terbaik buat negara.

Katanya, sekiranya terdapat kerajaan ditubuhkan melalui pintu belakang, itu adalah pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

Advertisement

“Saya yakin dan percaya, kerajaan terbaik adalah kerajaan yang dipilih melalui PRU, melalui mandat diberikan rakyat.

“Sekiranya benar hendak buat perubahan, buatlah melalui PRU, serahkan semula mandat kepada rakyat. Rakyat boleh membuat keputusan terbaik untuk negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Bengkel Drama dan Bahasa Inggeris ‘Highly Immersive Programmes’ anjuran UEM Sunrise, di Medini Mall, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Aminolhuda, Amanah negeri akan memantau perkembangan semasa politik tanah air sama ada di peringkat negeri dan pusat.

“Ini mandat diberi rakyat, kita sepatutnya bertanggungjawab. Amanah ini bukan sahaja dipikul di dunia tetapi juga di akhirat sebagai seorang Muslim,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top