BM | EN | 中文

Serah DUN Pulai Sebatang kepada Umno, MCA Pontian selar pimpinan pusat

Datuk-Tee-Siew-Kiong-MCA-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Datuk Tee Siew Kiong

Advertisement

PONTIAN, 25 FEB: MCA Pontian berang dengan keputusan pimpinan tertinggi parti menyerahkan salah satu kerusi tradisinya di Johor kepada Umno.

Tee Siew Keong, yang bertanding di Pulai Sebatang pada setiap pilihan raya umum sejak 2004, menuduh kepimpinan parti menggunakan pertukaran kerusi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Tee dilaporkan Malaysiakini berkata dilihat sealiran dengan bekas presiden MCA Chua Soi Lek, mewakili Pulai Sebatang dari 2004.

Advertisement

Beliau tewas pada pilihanraya umum ke-14 pada 2018 kepada Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara.

“Boleh saya katakan saya tidak dinamakan sebagai calon bagi PRN kali ini merupakan satu pengorbanan hasil dari isu perpecahan puak dalam parti sebelum ini.

“Pemimpin parti yang buat keputusan mempunayui agenda kepentingan politik sendiri dan tidak melihat kepada keadaan keseluruhan,” katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini.

Advertisement

Sebelum bersara, Chua bertelagah dengan Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong yang kedua-dua mereka akhirnya menjadi presiden MCA.

Mengukut perjanjian pertukaran kerusi, MCA menyerahkan Parit Yaani dan Pulai Sebatang kepada Umno. Sebagai balasan, Umno memberi Puteri Wangsa kepada MCA.

MIC pula menyerahkan Skudai kepada MCA tetapi diberi kerusi Bukit Batu, yang sebelum ini ditandingi oleh Gerakan yang kini bukan lagi sebahagian daripada BN.

Advertisement

Selain menyerahkan kerusi milik seteru, Tee juga menuduh kepimpinan pusat MCA hanya memilih sekutu mereka untk menjadi calon dalam pilihan raya negeri ini.

“Pemimpin agung MCA pusat hanya nak mengkukuhkan kedudukan dalam parti, maka mereka calonkan calon-calon yang merupakan penyokong kepada mereka.

“Kesemua 15 calon MCA bukan pemimpin utama (dalam) bahagian parti dan sebahgian besar tidak ada jawatan dalam peringkat bahgian parti.

Advertisement

“Antaranya, ada merupakan PA (pembantu peribadi) kepada menteri atau timbalan menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Tee berkata dia akan tetap membantu calon BN pada pilihan raya Johor.

Ditanya sama ada dia akan membantu MCA khususnya, Tee berkata ini ergantung jika mereka mahukan bantuannya tetapi dia tidak fikir kepimpinan parti berpendapat dirinya berpengaruh.

Advertisement

Sementara itu, MCA bahagian Pontian dan beberapa sayapnya, dalam satu kenyataan berasingan, turut mengkritik kepimpinan pusat.

“Kami berasa amat kesal dan dukacita atas kegagalan kepimpinan MCA mempertahankan kerusi tradisional DUN Pulai Sebatang di bawah daerah Pontian untuk calon MCA bertanding untuk DUN ini,” kata mereka.

Menurut mereka, kepimpinan pusat tidak mengendahkan segala sumbangan, usaha dan kerjasama yang diperolehi selama ini termasuk sanggup mengenepikan seorang pemimpin yang hebat, berkemampuan, dan juga diiktiraf oleh majoriti pemimpin masyarakat Cina.

Advertisement

Mereka menambah bahawa pemimpin pusat dan negeri telah banyak kali melawat kawasan itu sebelum pilihan raya negeri dan berpuas hati dengan persiapan pilihan raya mereka.

“Tetapi sekarang dia mengabaikan kepentingan parti kerana mementingkan diri sendiri dan pelbagai faktor terselindung, dan berputus asa melepaskan kerusi DUN Pulai Sebatang yang sepatutnya membawa kemenangan untuk parti dalam pilihanraya yang ini.

“Tindakan seperti ini amat mengecewakan, tidakkah mereka berasa malu atas tindakan sebegitu?” soal mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, mereka berkata memandangkan pilihan raya negeri sedang berlangsung, mereka tidak akan menganjurkan sebarang bantahan tetapi menekankan sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap Tee.

Johorkini

Advertisement

Share this post

scroll to top