BM | EN | 中文

“Sepatutnya lebih ramai menteri letak jawatan”

menteri-kabinet-malaysia.jpg

Mesyuarat kabinet pertama kerajaan Perikatan Nasional (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

BATU PAHAT, 9 OGOS: Timbalan Ketua Pemuda Amanah Johor, Serudin Soud mencadangkan agar lebih ramai menteri meletakkan jawatan.

Ini kerana menteri yang ada hari ini tidak berfungsi dengan baik untuk menyelesaikan masalah dihadapi negara.

Serudin Soud

“Sepatutnya semua menteri atau sembilan puluh peratus dari mereka perlu meletakkan jawatan kerana amanah yang dipikul mereka tidak berjaya ditunaikan.

Advertisement

“Ini jelas apabila negara sedang berhadapan dengan permasalahan yang paling besar sepanjang sejarah ini tidak diurus dengan baik.

“Semalam sahaja kematian akibat pandemik Covid telah mencecah angka 360 kes.

“Kerajaan dan menteri tidak langsung menunjukkan muka untuk berdiri menyelesaikan masalah Covid ini,” ujarnya.

Advertisement

Ujarnya para menteri kabinet hari ini dilihat lebih mengutamakan kuasa mereka dan bukannya dengan tanggungjawab yang dipikul.

“Kita dapat pastikan bahawa menteri hanya memikirkan kuasa dan jawatan mereka sahaja.

“Ini suatu yang tidak baik.

Advertisement

“Bukan PM yang harus meletakkan jawatan tetapi semua kabinet dan menteri yang ada hari ini perlu melakukan perkara yang sama,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top