BM | EN | 中文

Sepanjang PKP aktiviti harian di rumah, pasti penggunaan elektrik meningkat

TNB-Tenaga-Nasional-Berhad.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUN: Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua aktiviti-aktiviti harian dilakukan di rumah menyebabkan penggunaan peralatan elektrik meningkat.

Mohd Solihan Badri

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, hasil analisa dan unjuran pihak TNB, kadar peningkatan penggunaan elektrik sektor domestik adalah antara 30 hingga 50 peratus.

Namun katanya, seperti diumumkan kerajaan dalan Pakej Prihatin, mulai 1 April 2020 pelanggan domestik akan menikmati diskaun berperingkat di antara 2 hingga 50 peratus.

Advertisement

“Ini bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dalam tempoh PKP.

“Statistik di Johor sehingga Mei 2020, jumlah pelanggan yang menikmati diskaun 50 peratus adalah sebanyak 388,557 akaun yang berjumlah hampir RM6.4 juta dan meliputi 35 peratus keseluruhan jumlah pelanggan domestik di Johor,” kata Solihan dalam satu kenyataan pada 11 Jun.

Terdahulu beliau memaklumkan operasi membaca meter telah disambung semula secara berperingkat mulai 19 Mei 2020.

Advertisement

Katanya sepanjang PKP dilaksana mulai 18 Mac operasi membaca meter dan penyerahan bil fizikal telah dihentikan buat sementara waktu.

Justeru, sepanjang tempoh itu bil anggaran dikira bagi bulan Mac hingga Mei berdasarkan penggunaan elektrik pada bulan sebelumnya dimana salinan bil TNB boleh didapati secara dalam talian (online) di aplikasi atau portal mytnb (www.mytnb.com.my).

Solihan yang juga Adun Tenang berkata, bil sebenar dikeluarkan berdasarkan penggunaan sebenar elektrik bagi bulan-bulan sebelumnya iaitu Mac hingga Mei.

Advertisement

“Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi daripada bil anggaran memandangkan kita semua berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

“Walaupun bayaran anggaran telah dilakukan, pelarasan akan dibuat bagi jumlah bil anggaran dan bil sebenar. Proses pengiraan secara prorata yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga telah digunakan.

“Unit penggunaan sebenar akan dibahagikan sama rata mengikut bilangan hari yang telah dianggarkan sebelum ini dan dijumlahkan semula secara bulanan.

Advertisement

“Jadi jumlah unit penggunaan setiap bulan akan didarabkan dengan kadar blok tarif yang sepatutnya,” katanya lagi.

BACA: Buka kuari baharu 100 ekar dekat Gunung Banang ancam penduduk

TNB telah menyedialan bantuan pelan bayaran mudah dimana ianya diberikan secara automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan domestik.

Advertisement

Pelanggan boleh memilih untuk membayar jumlah yang diberikan secara ansuran sehingga 31 Disember 2020.

Sebarang pertanyaan berkaitan pembilan TNB boleh layari laman sesawang www.tnb.com.my atau sebarang pertanyaan hubungi TNB careline di talian 1-300-88-5454.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top