BM | EN | 中文

Seorang pendaki Gunung Lambak meninggal dunia akibat serangan jantung

Pendaki-warga-tempatan-ditemukan-meninggal-dunia-dipercayai-akibat-serangan-jantung-di-Gunung-Lambak.png
Advertisement

KLUANG, 21 OKT: Seorang pendaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat sini, Selasa lalu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II Norhakim Nordin berkata mangsa Teo Chee Kiong@Tiu Chee Kiong, 52, yang mendaki seorang diri, dipercayai mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan turun dan dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian, dipercayai mengalami serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat dibawa turun dari puncak gunung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top