BM | EN | 中文

Seorang operator pengeluaran di Johor kerugian RM195,580 ditipu Macau Scam

macau-scam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Seorang operator pengeluaran sebuah kilang mengalami kerugian RM195,580 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil Pos Laju Malaysia, sejak Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh berkata wanita itu mendakwa dia dihubungi seorang suspek yang mengatakan kononnya ketika ini ada bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad atm dan buku cek milik wanita berkenaan di satu alamat di Sabah.

Beliau berkata suspek mendakwa kononnya wanita berumur 30 tahun itu didapati terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan perlu membuat bayaran bagi mengelak dikenakan tindakan.

Advertisement

“Wanita itu yang percaya dengan dakwaan suspek kemudiannya membuat 14 transaksi pemindahan wang sejak Ogos sehingga bulan ini berjumlah RM195,580 ke dalam beberapa akaun bank yang diarahkan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya wanita itu membuat laporan polis semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu. Polis sedang memburu suspek.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top