PONTIAN, 12 JAN: Seorang wanita maut manakala tiga lelaki yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Taman Sri Api-Api di sini awal pagi hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Hod Md Sanuse berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.34 pagi.
“Setibanya di lokasi, kenderaan jenis Perodua Kenari itu didapati telah terbabas ke dalam parit.
“Kenderaan itu dinaiki empat mangsa, di mana salah seorang daripadanya maut manakala tiga yang lain cedera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, operasi itu melibatkan 11 pegawai dan anggota termasuk dua jentera.
“Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada jam 7.12 pagi,” tambahnya.
Johorkini