JOHOR BAHRU, 30 JAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi perempuan cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Indah 15/3, Taman Bukit Indah di sini awal, tengah malam semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah malam.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah Perodua Myvi dinaiki dua individu telah terlibat dalam kemalangan.
“Mangsa lelaki berusia 27 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa perempuan berusia 25 tahun, cedera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, operasi tersebut kemudian ditamatkan pada jam 1.20 pagi.
Johorkini