BM | EN | 中文

Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan di Felda Maokil

IMG-20200111-WA0008.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 11 JAN: Seorang maut manakala seorang yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Seri Karas, Felda Maokil awal pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Hairisyah Wahid berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Ikhwan Abu Sari, 27.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.34 pagi.

Advertisement

“Dua jentera beserta lapam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Muhammad Ikhwan bagaimana disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang tercedera, Zuraini Abd Rahman dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut.

Advertisement

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 2.52 pagi,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top