BM | EN | 中文

Seorang maut, empat cedera kereta bertembung treler dekat Machap

Seorang-maut-empat-cedera-kereta-bertembung-treler-dekat-Machap.jpg

Gambar Ehsan Bomba

Advertisement

KLUANG, 22 APR; Seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya serta dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan di Kilometer (KM) 85.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Selasa lalu.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang bertembung treler.

Osman Ismail, 31, yang memandu Perodua Viva, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa kemudian bertembung sebuah treler yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, isteri mangsa dan anak mereka serta pemandu dan kelindan treler dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Advertisement

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohd Faizal Rozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas terbabit pada jam 5.12 petang.

Advertisement

Mohd Faizal dilaporkan SH Online berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, anggota mendapati ada mangsa cedera iaitu isteri mangsa, Nurhuda Aida Muhmadi, 27, dan anaknya, Ahmad Ridzhan Rizqi Osman, 2, manakala suaminya yang tersepit dalam kereta pula disahkan telah meninggal dunia.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.12 petang,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top