BM | EN | 中文

Seorang maut, dua cedera letupan sebuah kilang di Pasir Gudang

Seorang-maut-dua-cedera-letupan-di-sebuah-kilang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JAN: Seorang pekerja maut manakala dua lagi cedera, dipercayai akibat letupan kecil daripada kerja-kerja pengimpalan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini, petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata, kesemua mangsa yang dipercayai warga tempatan itu, pada ketika itu difahamkan sedang membuat kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit berkenaan.

“Letupan sekali itu dipercayai akibat tindak balas api kimpalan dan gas dalam tangki berkenaan.

Advertisement

“Mangsa yang maut itu telah terjatuh dari tempat kerja pengimpalan itu iaitu setinggi 15 meter,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, sebentar tadi.

Mayat mangsa yang maut dan dua cedera terbabit dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top