BM | EN | 中文

Seorang maut, 27 terselamat kemalangan bas kereta

kemalangan-jalan-raya-e1579514221554.jpg

Kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Gugusan Adela, Bandar Penawar, hari ini.

Advertisement

KOTA TINGGI, 20 JAN : Seorang maut, manakala 27 orang yang lain terselamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Gugusan Adela, Bandar Penawar, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairi Nizam Mostafa berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 3.04 petang.

Katanya, seramai lima anggota dengan sebuah jentera dari BBP Sebana Cove dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

Turut membantu di lokasi seramai enam anggota dengan sebuah jentera dari balai bantuan BBP Penawar serta lapan anggota, sebuah jentera dari BBP Sungai Rengit.

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) ditempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Bas Express Syarikat Causeway Link telah melanggar sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Seramai 26 orang penumpang bas selamat. Seorang wanita merupakan penumpang kereta Honda Civic meninggal dunia di lokasi manakala pemandu kereta cedera,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk urusan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.44 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top