BM | EN | 中文

SEORANG LELAKI MAUT KERETA DIPANDU TERLANGGAR POKOK 

IMG-20191210-WA0004.jpg
Advertisement

MUAR, 10 DIS : Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Parit Pinang Seribu, Jalan Abd Rahman di sini, awal pagi hari ini.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Heza Aris memaklumkan, mangsa, Chia Jia Wei disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan itu pada pukul 4.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Advertisement

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa dalam keadaan tersepit akibat kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok.

“Mangsa kemudian dikeluarkan dengan menggunakan peralatan bomba sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya.

Operasi yang disertai seramai 12 pegawai dan anggota bomba itu ditamatkan pada jam 5.48 pagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top