BM | EN | 中文

Seorang guru di Johor didakwa terima deposit haram RM284,200 daripada 12 individu

Mahkamah_Johor_Bahru.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MEI: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima deposit haram berjumlah RM284,200, tujuh tahun lepas.

Mohd Hairul Nizam Wahab, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menerima deposit tanpa suatu lesen yang sah daripada 12 individu berbeza di sebuah premis dan sebuah sekolah di sekitar Pasir Gudang, dekat sini, antara Mei 2014 hingga Disember tahun sama.

Advertisement

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM50 juta atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat gamin RM48,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chai Ing Hien manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Adilah.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top