BM | EN | 中文

SEORANG CEDERA DALAM KEMALANGAN LIBAT DUA LORI

accident-5.jpg
Advertisement

KLUANG, 7 OKT – Seorang lelaki cedera dan dua lagi selamat dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Lambak, di sini, kira-kira 12.43 tengahari tadi.

Kemalangan tersebut membabitkan lori tiga tan yang membawa muatan alat ganti kenderaan dan lori 10 tan yang membawa muatan pasir.

Mangsa yang cedera di kepala ialah Zaharil Hisham Ariffin, 40 yang merupakan pemandu lori tiga tan manakala kelindannya, Sufian Mohd, 28 dan pemandu lori 10 tan, Tan Boon Siew, 50 tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Advertisement

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shamsul Amri Shahab yang mengetuai operasi itu, dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang membabitkan 10 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori.

“Lori tiga tan telah dilanggar dari arah belakang oleh lori 10 tan.

Advertisement

“Kedua-dua kenderaan tersebut bergerak dari arah Jalan Lambak menghala ke Jalan Yap Tau Sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kluang dan operasi ditamatkan kira-kira jam 1.07 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top