BM | EN | 中文

Seorang ahli parlimen UMNO tarik sokongan dari kerajaan PN

ahmad-jazlan-umno-BN.jpg

Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Gambar Ehsan NSTP)

Advertisement

KOTA BHARU, 10 JAN: Ahli parlimen Machang dari Umno-BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob semalam mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu mengumumkan perkara demikian pada sidang media di Bangunan UMNO Negeri Kelantan di sini semalam.

Sabtu lalu, beliau melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Advertisement

Ahmad Jazlan menjelaskan ini sekali gus menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang kedua dari blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Bernama melaporkan surat berkaitan tindakannya itu akan dimaklumkan kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lama lagi.

Pada 6 Jan lalu, Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan perkara itu akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO 31 Jan ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top