BM | EN | 中文

SENI MUZIK BENTUK MURID LEBIH KREATIF

aminolhuda.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 SEPT : Program pengembangan seni muzik bukan sahaja membentuk murid berani mencuba sesuatu yang baharu bahkan mendidik mereka lebih kreatif dan kritis.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan, perkata itu seiring dengan zaman globalisasi kini.

“Saya berfikiran matlamat utama program ini bukanlah untuk menjadikan murid-murid artis tetapi lebih kepada kemenjadian murid dalam mengetengahkan bakat-bakat sedia ada.

Advertisement

“Selain itu, mencabar murid-murid berani mencuba dalam sesuatu kepada perkara yang baru untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan kritis seiring dengan zaman globalisasi kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Pertandingan Instrumental Okestra Sekolah Rendah Peringkat 2019 di Dewan Sultan Iskandar, Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

Pertandingan itu mengumpulkan penyertaan seramai 313 murid, 49 orang guru dari 10 buah sekolah seluruh negara.

Advertisement

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, di pentas inilah kita dapat melihat bagaimana proses pendidikan sama ada melalui serampang kurikulum mahupun kokurikulumnya, mampu membentuk modal insan.

“Ia supaya menjadi individu, ahli keluarga, masyarakat, armada rakyat yang mempunyai keperibadian unggul,” katanya.

Tambahnya, pembangunan negara yang kukuh terletak pada kejayaan kita melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan masa hadapan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top