BM | EN | 中文

Senator, ahli parlimen DAP Johor lancar #JohorJagaJohor, RM12,000 berjaya dikumpul

Inisiatif-Johor-Jaga-Johor-DAP.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT: Lima ahli parlimen Johor dan seorang senator dari parti DAP melancarkan inisiatif #JohorJagaJohor bagi membantu mahasiswa anak Johor yang terkandas jauh dari kampung halaman setelah terhalang dari mendaftar di kolej dan universiti.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, inisiatif tersebut diadakan berikutan kelemahan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menguruskan hal terbabit.

Ia katanya mendorong organisasi politik dan individu untuk menawarkan bantuan kewangan serta penginapan kepada mahasiswa yang terjejas berikutan angka jangkitan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Advertisement

“24 jam telah berlalu sejak keluh kesah dan kebimbangan orang ramai disuarakan di media sosial berikutan nasib mahasiswa di beberapa Institusi Pengajian Tinggi.

“Mengambil semangat yang sama, kami ahli-ahli parlimen and pemimpin DAP Johor dengan ini memberi komitmen RM2,000 seorang untuk menyediakan sebuah tabung khas bagi membantu mahasiswa anak negeri Johor yang menghadapi kesukaran di perantauan.

“Jumlah terkumpul setakat ini sebanyak RM12,000,” menurut kenyataan itu,

Advertisement

Kenyataan bersama itu ditandatangani Liew Chin Tong pengerusi DAP Johor yang juga ahli Dewan Negara, Pang Hok Liong (MP Labis), Yeo Bee Yin (MP Bakri), Wong Shu Qi (MP Kluang), Lim Kit Siang, (MP Iskandar Puteri) dan Teo Nie Ching, (MP Kulai).

Menurut kenyataan itu lagi mahasiswa Johor yang memerlukan boleh memohon bantuan daripada dana Bantu Siswa #JohorJagaJohor secara atas talian di pautan: http://bit.ly/JohorJagaJohor

Dalam pada itu mereka turut mengucapkan tahniah dan terima kasih buat rakyat Malaysia yang menunjukkan semangat solidariti yang hebat dalam membantu para mahasiswa.

Advertisement

“Mahasiswa adalah amanah yang dipikul oleh kita semua. Merekalah hati nurani dan denyut nadi rakyat Malaysia.

“Kami berikrar untuk terus menjaga mereka sedaya mungkin,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top