BM | EN | 中文

Adun Senai panggil semua pihak runding isu hostel pekerja

F9BF0AF4-9514-4232-923A-708081C293EA.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JULAI: Satu perbincangan khas akan diadakan bagi membincangkan isu lambakan hostel pekerja di Taman Scientex Senai, ekoran dari aduan penduduk setempat yang bimbang aspek keselamatan penduduk setempat dan masalah sosial yang melanda kawasan tersebut.

Adun Senai Alan Tee Boon Tsong berkata pihaknya akan mengaturkan satu pertemuan diantara pihak majikan dan pengurusan hostel pekerja di kawasan perumahan tersebut dengan pihak berkuasa tempatan.

“Hasil daripada perbincangan bersama agen pekerja dan agensi-agensi yang terlibat, kami memutuskan untuk mengadakan mesyuarat khas bersama pihak pengilang dan hostel bersama agensi terlibat dalam menyelesaikan keresahan penduduk,” Alan berkata kepada B01.

Advertisement

Terdahulu, beliau turut serta dalam satu operasi pemantauan bersepadu yang melibatkan Rukun Tetangga Taman Scientex Senai, Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Perbandaran Kulai.

“Kami juga berkesempatan meninjau keadaan persekitaran kawasan yang agak kotor akibat lambakan pekerja yang duduk di dalam sebuah rumah,” katanya lagi.

Jun lalu, wakil penduduk Taman Scientex Senai menghubungi B01 bagi meluahkan keresahan mereka setelah 120 buah rumah di taman tersebut dikesan digunakan sebagai hostel pekerja untuk pekerja-pekerja kilang yang beroperasi di sekitar kawasan industri Senai.

Advertisement

Share this post

1 Reply to “Adun Senai panggil semua pihak runding isu hostel pekerja”

  1. Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top