BM | EN | 中文

“Semua yang berlaku salah rakyat?

salah-rakyat-menteri-langgar-sop.png
Advertisement

BATU PAHAT, 28 OKT: Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Abdul Hamid Jamah menegaskan supaya kerajaan menghentikan tindakan ‘membuli’ rakyat.

Katanya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) seringkali menyalahkan rakyat, sedangkan perkara tersebut tidak seharusnya ditujukan kepada mereka.

“Dua hari lepas kenyataan seorang Timbalan Menteri menyalahkan rakyat dengan mengatakan apa yang berlaku hari ini berpunca hasil dari keputusan undian mereka.

Advertisement

Abdul Hamid Jamah

“Sebelum ini kita lihat ramai golongan atasan seperti menteri tidak disabit kesalahan seperti mana yang dikenakan kepada rakyat biasa,” kata Hamid.

Malah, Perdana Menteri turut menyalahkan rakyat dan berkias ingin ‘merotan’ (menghukum) sekiranya melanggar SOP ditetapkan.

Sedangkan katanya, kerajaan PN nyata bersikap berat sebelah membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan.

Advertisement

“Hentikanlah tindakan yang asyik menyalahkan rakyat sedangkan rakyat terus terhimpit dengan masalah ekonomi.

“Sikap ‘double standard’ ini merosakkan. Hari ini rakyat mula muak dengan kenyataan dikeluarkan pemimpin negara atas tindakan yang dilakukan oleh mereka sendiri.

“Kita lihat sahaja bagaimana rakyat tidak dibenarkan berkumpul tetapi mereka boleh mengadakan mesyuarat dengan pertemuan melebihi had ditetapkan.

Advertisement

“Ada yang tidak menggunakan pelitup muka sewaktu hadir dalam mesyuarat.

“Rakyat dihadkan untuk hanya dua orang sahaja menaiki kenderaan, sedangkan terdapat gambar pemimpin menaiki satu kenderaan dengan lebih dari dua orang.

“Sampai bila rakyat terus dibuli? kata Hamid.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top