BM | EN | 中文

Semua pihak perlu hormati budi bicara Agong dalam memilih Perdana Menteri

FB_IMG_1582844595471.jpg

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian adalah tidak wajar Perdana Menteri interim mendahului titah Yang Di-Pertuan Agong dalam hal melantik seseorang Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pihaknya semalam, Majlis Presiden berpendirian hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Yang DiPertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis Presiden juga berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk Perdana Menteri interim mendahului titah Yang DiPertuan Agong dalam hal ini.

“Malah pengumuman Perdana Menteri interim memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Yang DiPertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Majlis Presiden juga menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara Yang DiPertuan Agong yang telah dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini, hari ini.

Johorkini

Tags: Perdana Menteri, Majlis Presiden Pakatan Harapan, PH, Agong
Kategori: Nasional

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top