BM | EN | 中文

SEMUA PEMAIN INDUSTRI PERLU BEKERJASAMA

WhatsApp-Image-2019-09-24-at-2.10.59-PM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 SEPT : Semua pemain industri pelancongan perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan Tahun Melawat Johor 2020, tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasan Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, mereka juga perlu berperanan sebagai jurucakap yang mewakili negeri ini.

“Oleh itu, ketika para pelancong datang, saya berharap semua pemain industri mengamalkan sikap yang penting.

Advertisement

“Ini termasuklah mesra dan rela membantu pelancong yang menghadapi apa jua masalah

“Jaga juga kebersihan tempat dan destinasi masing- masing selain mengekalkan identiti kebudayaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tourism Malaysia Travel Mart 2019 di Hotel Holiday Villa, di sini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said; Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Melawat Malaysia 2020, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar dan Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, melalui Tourism Johor, kerajaan negeri sedang berusaha mempromosikan dan memperhebatkan kempen publisiti Tahun Melawat Johor 2020.

“Ini menerusi 20 acara dan 20 destinasi yang bakal menjelmakan negeri Johor sebagai negeri pelancongan yang dinamik,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top