BM | EN | 中文

SEMUA PARTI KOMPONEN PH SOKONG ASPIRASI MALAYSIA BARU

logo-3.jpg
Advertisement

 

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 14 NOV: Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu mencermin diri mereka sebelum menuduh Pakatan Harapan (PH) menggunakan sentimen perkauman khususnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ini.

Advertisement

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sebaliknya sentimen itu yang digunakan UMNO selama ini.

“PH terdiri daripada parti komponen yang menyokong aspirasi Malaysia baharu, disebabkan itu parti komponen PH tidak memberi refleksi hanya menyokong individu daripada satu kaum tertentu sahaja.

“Calon PH di PRK Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini adalah calon buat semua kaum di negara ini dan bukannya satu kaum sahaja,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Penerangan Isu-Isu MSPO Pekebun Kecil Sawit Johor yang diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Bunyi, di sini hari ini.

Shamsul Iskandar yang juga merupakan Timbalan Menteri Industri Utama turut memberitahu, pihaknya juga berpendapat kerjasama Muafakat Nasional antara BN dan Pas juga hanyalah retorik semata.

“Saya fikir kerjasama itu tidak lebih daripada kerjasama politik untuk memenangi pilihan raya, bukan untuk kepentingan negara.

Advertisement

“Saya juga percaya pengundi Tanjung Piai akan terus memilih PH sebagai wakil rakyat mereka bagi meneruskan pelbagai program yang telah dimulakan penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menempelak tindakan pembangkang yang menyebarkan risalah bergambar menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik BN sebagai tindakan terdesak.

“Itu satu pendekatan berkempen tahun 70-an dan satu tindakan yang terdesak, saya yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengannya,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top