BM | EN | 中文

Semua MP Amanah sokong Anwar tubuh kerajaan baru

mohamad-sabu.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan kesemua 11 ahli parlimen dari parti itu menyokong langkah Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dalam membentuk kerajaan baru.

“Kami mengambil maklum pengumuman yang di buat oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan, dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti Amanah mengesahkan bahawa semua 11 orang Ahli Parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” kata ahli parlimen Kota Raja itu dalam satu kenyataan.

Advertisement

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar membuat pengumumannya petang ini bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top