BM | EN | 中文

Semua mangsa banjir Johor pulang, PPS ditutup

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS : Banjir di Segamat pulih apabila satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang dibuka di daerah itu ditutup jam 11 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat dalam kenyataanya memaklumkan kesemua baki mangsa yang ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak itu dibenarkan pulang pagi tadi.

“PPS berkenaan dibuka pada 15 Disember lalu dan ditutup jam 11 pagi tadi. Keadaan cuaca cerah. Bagaimanapun pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi-agenis dari semasa ke semasa,”katanya.

Advertisement

Banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini telah menjejaskan kesemua daerah di negeri ini dengan mangsa seramai lebih 9,000 orang.

Ribuan jentera, petugas bantuan dan kecemasan digerakkan dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di kesemua daerah di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada semua agensi, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu operasi membantu mangsa banjir di seluruh negeri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top