BM | EN | 中文

Semua kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akan disaring – MB Selangor

amiruddin-shari-mb-selangor.png

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 21 DIS: Semua kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akan disaring memandangkan mereka berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, langkah itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) termasuk mekanisme pelaksanaannya.

“Sehari dua ini kita akan lihat langkah susulan untuk pekerja HTAR dan akan dibuat dalam masa terdekat.

Advertisement

“Kerajaan negeri akan bantu dan JKNS mungkin tidak menghalang langkah ini kerana semua pekerja HTAR berisiko besar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Perayaan Hari Krismas 2020 peringkat negeri.

Sementara itu, Amirudin dilaporkan SelangorKini sebagai berkata, Majlis Keselamatan Negera (MKN) memanggil kerajaan negeri secara khas dalam masa terdekat bagi membincangkan situasi terkini Covid-19 di negeri ini.

Advertisement

“Saya akan memberi beberapa cadangan serta mendengar pandangan susulan bagi mengekang penularan virus.

“Bagaimanapun sebarang langkah sama ada pelaksanaan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) atau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) diputuskan MKN,” katanya.

Semalam, Pengarah JKNS Datuk Dr Sha’ari Ngadiman memaklumkan terdapat 143 kes positif Covid-19 direkodkan di HTAR membabitkan 62 kakitangan kesihatan serta 81 pesakit.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top