BM | EN | 中文

Semua anggota Balai Bomba Johor Jaya diarah kuarantin di rumah

Balai-Bomba-Penyelamat-Johor-Jaya.jpg

Gambar Ehsan FB Balai Bomba Penyelamat Johor Jaya

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Kesemua 14 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, di sini, diarahkan supaya menjalani kuarantin di rumah masing-masing, mulai Khamis sehingga 9 Dis ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor Datuk Yahya Madis berkata arahan itu adalah susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan seorang anggota dari balai berkenaan yang mendapat jangkitan itu daripada ibu mentua yang tinggal bersamanya (daripada Kluster Kobena).

Yahya berkata setakat hari ini, tiga anggota JBPM Negeri Johor yang positif COVID-19, mendapat jangkitan daripada tempat tinggal mereka.

Advertisement

“JBPM sentiasa menekankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di balai bomba dan tempat operasi. Setakat ini tiada anggota bomba JBPM Johor yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja,” katanya, lapor Bernama.

Beliau menjelaskan, operasi di BBP Johor Jaya masih berjalan seperti biasa dan kawasan peralatan di balai berkenaan juga telah disanitasi.

Buat masa ini, sejumlah anggota Bomba BBP Pasir Gudang dipinjamkan ke balai berkenaan untuk pengoperasian, justeru orang awam tidak perlu risau.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top