BM | EN | 中文

Semua ahli parlimen telah divaksin, kenapa had kehadiran sidang kepada 80 orang sahaja? – Kit Siang

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mengenai had kehadiran ahli parlimen kepada 80 orang,

Katanya, beliau tidak nampak sebarang masalah kepada semua ahli parlimen untuk menghadiri sidang, ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menyertai jemaah seramai 300 orang untuk sembahyang Hari Raya Aidiladha di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Saya tidak pasti mengapa timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon bercakap mengenai had kehadiran ahli parlimen kepada 80 orang, sedangkan semua Ahli dan kakitangan Parlimen telah divaksin,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Katanya, adalah ironi ketika potensi pencapaian negara telah mencapai tahap terendah, sedangkan Malaysia pada suatu masa dahulu di pertengahan 90-an merupakan perintis era teknologi maklumat dengan konsep Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Sepatutnya menjadi negara pertama yang melaksanakan sidang parlimen secara maya — tetapi kita telah ketinggalan jauh di belakang negara lain yang bermula lebih lambat,” ujarnya lagi.

Kata veteran DAP itu, Perdana Menteri pada sidang Parlimen perlu memimpin untuk mengubah nasib negara dalam perang melawan Covid-19 dengan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan masyarakat” di setiap peringkat masyarakat.

Advertisement

Malah Kit Siang mencadangkan Rancangan Tindakan Kecemasan Kesihatan (HEAP) dala “Rancangan Pemulihan daripada Covid-19”.

Tiga garis panduan dicadangkan adalah kepercayaan dan ketelusan penting dalam usaha melawan pandemik, perlu pendekatan melibatkan keseluruhan masyarakat dan keperluan bagi penyelesaian yang tidak berasaskan sekatan pergerakan.

“Marilah jadikan persidangan parlimen ini satu usaha untuk mendapatkan perpaduan, keazaman, dan komitmen semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, agama, kawasan, mahupun politik, untuk menamatkan waktu terburuk pandemik Covid-19 di Malaysia.

Advertisement

“Kita sudah pun melihat korban nyawa yang amat tinggi, dengan 7,241 kematian dan juga secara purata tiga kejadian bunuh diri setiap hari,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top