JOHOR BAHRU, 12 APR: Ramadhan memberi peluang untuk kepada umat Islam untuk kembali kepada sifat kebaikan yang diajarkan dalam agama Islam, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.
Aminolhuda dalam perutusan sempena menyambut kedatangan Ramadhan berkata, umat Islam di negara ini perlu bermuhasabah dan menolak sifat-sifat yang keji.
“Sebagai umat Islam kita harus memupuk diri kita dengan sifat-sifat terpuji dan bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang tiba ini marilah sama-sama kita memupuk diri kita ke arah yang lebih baik.
“Sebelum ini sepanjang berlakunya serangan pandemik Covid 19 ini, umat Islam khususnya telah menerima pelbagai cabaran yang datang dari luar dan dalam negara.
“Saya ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini untuk kembali mendisplinkan diri dalam menjalankan kerja-kerja ibadah agar pandemik ini dapat terhapus dengan izin Allah,” ucapnya.
Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani turut menyentuh pemerintahan Malaysia di bawah Perikatan Nasional (PN) sepanjang setahun ini.
“Sifat-sifat khianat yang diamalkan oleh kepimpinan negara ini amat menyedihkan kerana ia boleh menjadi ikutan yang tidak baik kepada masyarakat umum.
“Selain itu kepercayaan rakyat sebelum ini dengan menyerahkan harapan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) telah dirosakkan dengan ketamakan sesetengah manusia.
“Sifat ini perlu dibuang dan ketika mereka memerintah, ‘double standard’, penipuan dan pelbagai lagi yang perkara negatif dilakukan mereka.
“Ia tidak sepatutnya diamalkan oleh pemerintah di negara ini sebagai suatu tontonan kepada orang ramai.
“Sifat itu perlu dibuang bagi menghidupkan suasana harmoni serta membawa panji Islam sebagai pegangan hidup kita,” ucapnya lagi.
Beliau turut mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan tahun ini kepada semua umat Islam di negara Malaysia khususnya di Johor.
Johorkini