BM | EN | 中文

Sempena Maulidur Rasul, Yayasan Islam Darul Ehsan anjur kempen “Sayangi Anak Yatim”

sayangi-anak-yatim-yide.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 19 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menganjurkan Kempen Bulan Anak Yatim sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada Rabiulawal.

Bertemakan ‘Sayangi Anak Yatim’, kempen akan dijadikan sebagai program tahunan bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga anak-anak yatim.

Pengerusinya Datuk Bakhtiar Hussin berkata program bermula pada 8 Oktober sehingga 5 November depan.

Advertisement

“Program diharap menjadi titik permulaan bagi masyarakat untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim khususnya daripada sudut sokongan moral,” katanya, lapor SelangorKini.

Antara program yang dirancang adalah siaran langsung Facebook menampilkan Ikon Mahabbah Yide Ustaz Don Daniyal, Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustaz Syamsul Debat.

Penganjuran webinar dengan mengumpulkan lebih 70 buah rumah kebajikan anak-anak yatim dalam Selangor memberi penerangan berkenaan hal ehwal penjagaan anak-anak yatim turut dirancang.

Advertisement

Pada 15 Oktober lalu, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah menyempurnakan penyampaian sumbangan RM115,000 daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Istana Mestika sempena Majlis Pelancaran Bulan Anak Yatim.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top