BM | EN | 中文

Sempena Hari Wanita, wakil rakyat PH Kluang edar bunga mawar, anyelir

Sempena-Hari-Wanita-wakil-rakyat-PH-edar-bunga-mawar-sekitar-Kluang.png
Advertisement

KLUANG, 8 MAC: Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan di Kluang mengambil inisiatif menghargai pengorbanan serta pencapaian wanita.

Ia diterjemahkan dengan pemberian ratusan kuntum bunga mawar dan bunga anyelir (carnation) kepada peniaga, orang awam serta kakitangan kerajaan wanita di sekitar daerah ini di sini.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, program itu dianjurkan sejajar dengan sumbangan golongan wanita di daerah ini dalam pelbagai bidang meskioun berdepan cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Advertisement

“Saya bersama-sama Chew Chong Sin (Adun Mengkibol) dan sukarelawan DUN, Pong Ooi Yuin telah menyerahkan kuntuman bunga di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).

“Bunga-bunga ini adalah untuk diedarkan buat para wanita barisan hadapan (frontliners) disini sempena meraikan Hari Wanita Sedunia.

“Terima kasih Dr Nizam selaku Tuan Pengarah HEBHK dan beberapa lagi staff yang menyambut kami. Sesungguhnya pengorbanan serta peranan para wanita adalah sangat besar dalam kehidupan kita.

Advertisement

“Ucapan selamat buat anda semua,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan semalam.

Dalam perkembangan sama, ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata golongan wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara dan pembangunan institusi keluarga di negara ini.

Katanya, pemberian bunga mawar adalah simbolik keperibadian bagi menghargai peranan kaum wanita dalam pelbagai bidang.

Advertisement

“Pada hari ini sempena Hari Wanita Sedunia yang akan disambut pada 8 Mac setiap tahun, kami pasukan Pakatan Harapan Kluang memberikan bunga ros kepada wanita sebagai simbolik penghargaan terhadap wanita yang menjadi tonggak kepada keluarga, komuniti dan negara,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit mengedarkan bunga mawar dan cenderahati di Pasar Awam Kluang, Pasar Jalan Jelutong, Ibu Pejabat Polis daerah Kluang dan Pejabat Kesihatan daerah Kluang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top