BM | EN | 中文

Sempena Hari Malaysia. Salahuddin harap keharmonian masyarakat dikekalkan

salahuddin-ayub-Hari-Malaysia-Tampoi-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Bersempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September nanti, ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyeru agar rakyat di Malaysia mengekalkan keharmonian masyarakat yang selama ini terbina.

Katanya, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, rakyat perlu bersatu untuk membangunkan semula negara ini agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua pihak.

“Kestabilan dan kemajmukan ini penting untuk kita sama-sama membangunkan diri kita serta negara yang kita cintai ini.

“Sebelum ini kita berhadapan dengan wabak Covid 19 yang banyak memberikan cabaran kepada kita semua. Justeru itu kesatuan perpaduan amat penting untuk kita saling tolong menolong dalam membina semula negara.

“Semua masyarakat di negara ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi faktor asas dalam negara ini,” ujarnya ketika ditemui.

Terdahulu Salahuddin menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk di Tampoi, Johor Bahru.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata anasir yang cuba memecah belahkan antara satu sama lain. perlu ditolak.

Tambahnya, wujud golongan yang mengadu domba dan melagakan kaum dengan tujuan kepentingan peribadi.

“Perkauman ini sengaja ditiupkan bagi perpecahan berlaku agar pihak berkepentingan mendapat sokongan ramai.

“Ini adalah suatu cara yang jijik kerana perkara tersebut merosakkan keharmonian yang selama ini terjalin.

“Hari ini bila mereka berkuasa melalui rampasan kuasa, kita dapat lihat apa yang mereka perkatakan sebelum ini tentang agenda Melayu Islam tidak ditunaikan.

“Jelas permainan isu perkauman hanya retorik atau kosmetik mereka memenangi hati rakyat sambil memecah belahkan perpaduan,” ujarnya lagi.

Johorlkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top