BM | EN | 中文

Sempena bulan kemerdekaan, jentera SWM Environment turut kibar Jalur Gemilang

SWM-bulan-kemerdekaan-2020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Norma baharu pasca penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan memulakan kempen kibar Jalur Gemilang.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata kempen semarak bulan kemerdekaan itu dilakukan melalui pemasangan Jalur Gemilang pada jentera pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam miliknya di negeri Johor.

Kata Mohd Zan Arris, jentera SWM Environment seperti lori kompaktor dan lori open tipper yang sinonim dan dekat dengan masyarakat umum di negeri Johor.

Advertisement

“Jentera dan anggota SWM Environment di lapangan akan menjadi suri teladan pengibaran Jalur Gemilang dan seterusnya berperanan dalam menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengarah SWCorp negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SWM Environment Negeri Johor.

Tambahnya, pengibaran berkenaan akan turut membabitkan setiap premis pejabat dan depoh SWM Environment di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor.

Advertisement

“Pihak SWM Environment mengajak masyarakat umum untuk menghayati sambutan Bulan Kebangsaan yang bertemakan “Malaysia Prihatin” pada tahun ini dengan memerdekakan minda melalui suntikan nilai keprihatinan dan kebertanggungjawaban terhadap pengurusan sisa pepejal dan kebersihan persekitaran demi memastikan kelestarian alam sekitar.

Beliau turut menyeru agar masyarakat untuk terus mempraktikkan pengurusan sisa pepejal secara tertib seperti ditetapkan di samping melaksanakan kaedah pengasingan sisa pepejal di punca dan membudayakan amalan kitar semula.

Ia memiliki nilai pendapatan tambahan sebagaima ditawarkan melalui program kitar semula berganjaran SWM Environment dikenali sebagai KITARecycle.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top