BM | EN | 中文

Sempadan sesuai dibuka bila Johor masuk Fasa 3 PPN – Adun Permas

tambak-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT: Pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura untuk ulang alik harian paling sesuai dilaksanakan apabila negeri ini memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Adun Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh berkata, waktu itu adalah masa terbaik dengan kerajaan Persekutuan perlu memulakan rundingan bersama Singapura berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, Johor yang beralih ke Fasa 2 Jumaat lalu sudah bersedia untuk pembukaan sempadan dan sekiranya semua garis panduan dipenuhi, perkara itu akan menjadi asas kukuh untuk membuka sempadan sepenuhnya.

Advertisement

“Ini ditambah dengan penyertaan kerajaan negeri secara langsung dalam jawatankuasa teknikal yang membincangkan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura, segala data yang diperoleh kerajaan Johor akan dapat membantu.

“Justeru, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh membuat penilaian risiko pembukaan sempadan sepenuhnya,” katanya, lapor Utusan Online.

Sempadan Malaysia-Singapura yang merupakan sempadan antarabangsa paling sibuk di dunia telah ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu.

Advertisement

Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, Johor akan terlibat secara langsung dalam jawatankuasa teknikal membabitkan perbincangan isu pembukaan sempadan, dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan berhubung pergerakan rentas sempadan.

Tambah Che Zakaria, Singapura dan Malaysia terutama Johor masing-masing mempunyai kepentingan untuk pembukaan sempadan itu kerana banyak pelaburan republik itu berada di negeri ini manakala ramai rakyat Johor bekerja, bersekolah dan menetap di Singapura.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top