BM | EN | 中文

Semoga Johor terus jaya dalam 2020

2020-2-01-scaled.jpg

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersalam dengan pengunjung yang hadir pada Ambang Tahun Baru 2020 dan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 (Gambar ihsan Facebook Dr Sahruddin Jamal)

Advertisement

Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Demikian kata WS Rendra.

Kata-kata atau janji bukan boleh buat main. Cakap orang lama, lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.

Tanpa tali, lembu hilang. Tanpa janji, kuasa juga hilang. Bak kata geng Ysuku, sepenggal.

Advertisement

Pelaksanaan tidak semudah kata-kata. Apatah lagi janji itu bukan janji biasa. Janji itu sebuah manifesto.

Tapi Johor tetap hebat. Kerajaan negeri meninggalkan 2019 dengan menunaikan semua manifesto yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14.

Usaha reformasi sistem politik dimulakan dengan pelaksanaan manifesto menghadkan jawatan menteri besar kepada dua penggal sahaja.

Advertisement

Tujuannya untuk tingkatkan kecekapan dan ketelusan pentadbiran awam.

Dalam Ucapan Tahun Baru 2020 Menteri Besar Johor, Sahruddin Jamal sebut kerajaan negeri Johor merupakan negeri pertama yang berjaya menunaikan 10 janji manifesto.

Ketika rancangan menambah bilangan penerima Kad Sihat Johor bagi tahun 2020, seramai lebih 9,000 pesakit telah menerima manfaat Kad Sihat Johor setakat Januari hingga September 2019.

Advertisement

Kad Sihat Johor ini bukan sembarangan kad. Dengan kadar RM500 setahun bagi keluarga dan RM200 setahun bagi individu, kad ini memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima rawatan kesihatan.

Dalam Belanjawan Johor 2020, seramai 28,000 keluarga dan 19,000 individu disasarkan untuk menerima manfaat Kad Sihat Johor dengan peruntukan awal sebanyak RM2 juta.

Bagi skim air percuma 10 meter padu, peruntukan sebanyak RM22.02 juta disediakan.

Advertisement

Manakala, pengecualian bayaran lesen penjaja, sebanyak RM3.5 juta setahun dengan jangkaan penerima manfaat seramai 3000 peniaga.

Untuk Skim Takaful Warga Emas, waris menerima bantuan sebanyak RM1000 melibatkan seramai 28,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM1.68 juta.

Semoga kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus pegang janji, kota kata. Selamat tahun baru 2020.

Advertisement

Berikut merupakan 10 manifesto kerajaan PH Johor yang telah ditunaikan;

  • Jawatan menteri besar dihad kepada 2 penggal
  • Pemberian air percuma 10 meter padu
  • Pelaksanaan tender terbuka
  • Pengecualian pembayaran lessen penjaja
  • Skim Takaful Warga Emas Johor (STWEJ)
  • Kad Sihat Johor
  • Pemansuhan Kouta Menegak Kerajaan (KMK) bagi pemilikan rumah mampu milik
  • Intensif Harapan Siswa Johor
  • Intensif kursus perkahwinan percuma
  • Bayaran tunggakan sewa Program Perumahan Rakyat (PPR).

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top