BM | EN | 中文

SEMINAR KHAZANAH JOHOR MEDAN KONGSI PENGETAHUAN

Khazanah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OKT: Seminar Khazanah Johor yang menghimpunkan cendekiawan dan ilmuan serantau perlu menjadi medan kepada para pakar untuk menggali dan kemudiannya mengembangkan pengetahuan tersebut kepada masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, melalui pembelajaran sejarah, jatidiri dan keperibadian masyarakat dapat dibentuk melalui kekayaan budaya yang ada di negeri Johor.

Kata Aminolhuda, dapatan dari seminar tersebut perlu dikongsi bersama agar manfaat yang diperolehi dikembangkan kepada golongan sasar.

Advertisement

Selain itu katanya, melalui seminar, hubungan intelektual, pengkaji sejarah dan jaringan sokongan antara negara yang terlibat dapat dijalin dan diperkukuhkan.

“Seminar ini cukup bermakna kerana bukan mudah untuk kita dapat menjemput dan mengumpul para ilmuan yang begitu obses untuk menggali dan mengangkat kebesaran sejarah Johor.

Aminolhuda (lima dari kiri) bersama delegasi Seminar Khazanah Johor dari Singapura dan Indonesia

“Di celah kesibukan semua, mereka ini masih bulat tekad untuk berkumpul dan memberi komitmen selama dua hari untuk bersama-sama menjayakan seminar,” kata Aminolhuda pada majlis perasmian bagi meraikan delegasi Seminar Khazanah Johor di Hotel Grand Paragon Ahad lalu.

Advertisement

Hadir sama pembentang kertas dan wakil akademik dari Singapura dan Indonesia.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani turut menyorot sejarah Johor sebagai pusat ekonomi dan pengembangan ilmu pengetahuan, persuratan, kebudayaan dan bahasa.

Antara karya agung yang terhasil adalah Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin tulisan Tun Seri Lanang yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Advertisement

Justeru itu kata Aminolhuda, majlis ilmu seperti yang dianjurkan ini perlu dilanjutkan agar sejarah pencapaian Johor dapat dipelajari oleh generasi hari ini dan masa hadapan.

“Saya menyeru kerjasama semua pihak supaya terus memberikan komitmen padu dan jitudalam memastikan warisan sejarah agar terus dipelihara dan dipulihara.

“Melalui perkongsian ilmu, perancangan yang teliti dan berterusan demi memastikan generasi baru sedar dan menjadi penyambung kepada warisan ini,” katanya lagi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top