BM | EN | 中文

SEMARAK PERPADUAN MELALUI PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

dr-s-ramakrishnan-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 SEPT: Kerajaan Johor mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini melalui program penghayatan Rukun Negara pada semua peringkat, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr S. Ramakrishnan.

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan negeri beriltizam untuk terus memperkukuh agenda perpaduan kaum melalui beberapa langkah, antaranya pelaksanaan Pelan Strategik Perpaduan Negeri Johor, aktiviti promosi perpaduan selain penubuhan Jawatankuasa Perpaduan.

Ramakrishnan yang juga Adun Bekok berkata, siri program tersebut bertujuan menyuntik kesedaran rakyat tentang lima prinsip Rukun Negara ke arah membina negara Malaysia yang aman, harmoni dan bersatu padu.

Advertisement

“Sebagai langkah permulaan, Program Perhimpunan Rukun Negara dan Pelancaran Program Penghayatan Rukun Negara peringkat negeri akan dilaksanakan pada 15 September 2019,” kata Ramakrishan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Nor Rashidah Ramli (BN-Parit Raja) mengenai langkah-langkah kerajaan bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Johor pada persidangan DUN ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Tegasnya lagi, perpaduan adalah tanggungjawab bersama dan seluruh rakyat mesti memainkan peranan yang signifikan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top