BM | EN | 中文

SEMARAK PERAYAAN DEEPAVALI

Mohd-Zan.jpg
Advertisement

KLUANG, 6 NOV: Sebanyak 10 buah keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur pada program SWM Kasih Cahaya Deepavali yang dianjurkan baru-baru ini.

Pengurus Wilayah Johor SWM Environment Sdn Bhd, Mohd Zan Arris berkata, pihaknya menjadikan setiap sambutan perayaan sebagai platform terbaik untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Tetamu kehormat menyempurnakan seni rangoli sempena program tersebut

“Sasaran utama adalah mereka dibawah golongan B40 kerana ini sekali gus meringankan beban penerima selain akan menyemarakkan lagi sambutan perayaan di kalangan keluarga yang terlibat,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, program tahun ini yang berkonsepkan ziarah turut menjalinkan kerjasama erat bersama Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat India Daerah Kluang selain sokongan daripada Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

“SWM Environment melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tampil meraikan Deepavali dengan menziarahi dan memberi sumbangan kepada penerima di sekitar daerah ini,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan tetamu kehormat menyempurnakan seni rangoli di kediaman penerima bantuan terakhir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut.

Advertisement

Program SWM Kasih bermula dengan menziarahi kediaman penerima di Taman Padang Tembak dimana majlis tersebut turut melibatkan mahasiswa dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pekerja SWM Environment.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top