BM | EN | 中文

SEMARAK PATRIOTIK DI DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

SEMARAK-PATRIOTIK-DI-DATARAN-BANDARAYA-JOHOR-BAHRU.jpg
Advertisement

Oleh: Amni Jagat

JOHOR BAHRU, 31 OGOS: Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat negeri Johor membuktikan perpaduan serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini tidak pernah luntur dan masih kekal utuh.

Ini dapat disaksikan dengan pembabitan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk turut serta dalam perbarisan di Dataran Bandaraya Johor Bahru hari ini.

Advertisement

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, aspirasi Hari Kebangsaan kali ini didukung oleh empat komponen – kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Ribuan rakyat tempatan mula berkumpul sejak jam 6 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan daripada 131 kontinjen yang melibatkan lebih 2,000 peserta dengan membahawa mesej keharmonian dan keamanan.

Perarakan yang bermula pada jam 8 pagi dipesonakan dengan gimik ‘paraglider’ yang membawa bendera Jalur Gemilang untuk diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Advertisement

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam ucapannya meminta rakyat agar mengamalkan empat formula dalam kehidupan demi memperkukuh perpaduan kaum dengan menekankan kerukunan hidup bangsa Malaysia; mengamalkan perkongsian hidup dan berkongsi masa depan; mendaulatkan integrasi antara kaum; bersyukur serta menghargai nikmat kemerdekaan sedia ada.

Beliau berkata keempat-empat formula itu adalah garapan asas untuk membentuk Malaysia yang muafakat dan sejahtera, selain untuk membolehkan negara terus maju ke hadapan.

Menurut seorang peserta dari Persatuan Gu Miao Johor Bahru, Yap Zhen Wei berkata, beliau teruja kerana dapat menyertai perbarisan kali ini dan terharu kerana dapat bersama-sama untuk menghujahkan rasa sayang mereka pada negara tercinta.

Advertisement

Sementara itu, Muresh Kumaran dari Persatuan Kabaddi Johor menganggap bahawa sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna serta membawa kelainan kerana melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

 

Kira-kira 5,000 hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri Johor di Dataran Bandaraya yang berakhir sekitar jam 10 pagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top