BM | EN | 中文

Semarak Merdeka: Salahuddin Ayub agih Jalur Gemilang di Bazar Johor Bahru

Salahuddin-Ayub-agih-Jalur-Gemilang-di-Bazar-Johor-Bahru3.jpg

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengagihkan Jalur Gemilang di Bazar Johor Bahru bagi memeriahkan suasana sambutan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

Menurut beliau, sebagai anak Malaysia, kesedaran dalam menyambut hari kemerdekaan ini penting kerana ia menerapkan nilai-nilai murni dalam mempertahankan perjuangan negara.

Beliau yang baru-baru ini berkunjung ke Bazar Karat Johor Bahru berkata, rakyat Malaysia harus berbangga dengan keunikan di negara ini dengan kepelbagaian masyarakat yang berbilang kaum dan etnik.

“Sebagai ahli parlimen Pulai, saya berada di Bazar Karat Johor Bahru yang menjadi destinasi terkemuka ibukota Johor yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Saya bersama Cheo Yee How, Adun Perling memberikan bendera Jalur Gemilang kepada pengunjung serta peniaga di kawasan Bazar Karat ini supaya mereka mengibarkan bendera Jalur Gemilang bagi menyambut Hari kemerdekaan ke-63 tahun ini,” katanya.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan rakyat untuk menolak kepincangan dan kerosakan yang berlaku dalam negara dan memperjuangkan nasib mereka agar terus terbela oleh pemimpin yang bertanggungjawab.

“Insya Allah negara kita akan dapat diselamatkan dari kerajaan berunsur kleptokrasi yang merosakkan negara,” katanya lagi.

Program edaran Jalur Gemilang itu turut disertai Parti Amanah kawasan Pulai dan jentera dari Pusat Khidmat wakil rakyat parlimen Pulai.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top