BM | EN | 中文

Semarak Merdeka AWAN Nasional di Muar, tanam rasa cinta negara

Semarak-Merdeka-Awan-Nasional-Maharani-Muar-Nor-Hayati-Bachok.jpg

MUAR, 7 SEPT: Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang DUN Maharani dan Semarak Merdeka AWAN Nasional sempena Hari Kebangsaan ke-63 bermula dengan penuh semangat patriotik.

Menurut Ketua AWAN Johor yang juga Adun Maharani, Nor Hayati Bachok, program tersebut diadakan bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta terhadap negara.

Katanya, semangat rasa cinta ini perlu diterapkan bagi generasi kini merasai erti kemerdekaan yang dikecapi dalam negara.

“Kita mahu menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini dengan sambutan yang diadakan di sini hari ini.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar meskipun ada beberapa lokasi yang dirancang tidak kesampaian. Banyak yang boleh dibuat penambahbaikkan di program-program mendatang.

“Walau sambutan diraikan sederhana dalam situasi pandemik, suasana harmoni dan toleransi antara rakyat berbilang kaum terus mewarnai kepelbagaian Malaysia yang kita cintai.

“Jalur Gemilang terus kami kibarkan dengan mesej-mesej patriotik, termasuk di lokasi popular Tanjung Emas Waterfront Muar.

“Selain edaran bendera, beramah mesra dengan orang-orang Muar dan tidak kurang juga pengunjung luar daerah yang memanfaatkan cuti beriadah bersama keluarga,” kata Nor Hayati.

Hadir sama Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Anfaal Saari, jentera AWAN Nasional dan Johor serta program dijayakan bersama AWAN Nasional, AWAN Johor, AMANAH Kawasan Muar dan MPKK Dun Maharani.

Program anjuran AWAN Nasional dilancarkan melalui gimik pelepasan konvoi edaran bendera dan pelitup separuh muka di beberapa ‘checkpoint’ terpilih sekitar kawasan Maharani.

Selain Jalur Gemilang, turut diedarkan pelitup muka dan kek istimewa kepada para ‘frontliners’ sekitar daerah Muar termasuk warga Hospital Pakar Sultanah Fatimah, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebagai simbolik penghargaan mereka yang gigih bertugas demi negara.

Sambutan Kibar Jalur Gemilang DUN Maharani diteruskan sepanjang bulan kemerdekaan sehingga 16 September nanti dengan beberapa lagi acara menarik.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top