BM | EN | 中文

SEMARAK BUDAYA JOHOR DI KOMPLEKS WARISAN SULTAN ABU BAKAR

FESTIVAL-HUJUNG-MEDINI.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT: Persembahan muzikal gabungan tiga negara iaitu dari Singapura, Indonesia dan Malaysia merupakan antara acara menarik yang akan diadakan di Festival Hujung Medini.

Bertempat di Dewan Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, pelbagai persembahan akan dipentaskan sepanjang festival yang akan bermula pada 12 hingga 17 Oktober ini.

Antaranya, penampilan khas penyanyi Syura dan Muzikal Tari Permata Ujong Tanah akan diadakan pada 5 petang, 8.30 malam dan 10 malam bermula 13 hingga 14 Oktober ini.

Advertisement

Pada 14 dan 17 Oktober bermula 9 pagi hingga 10 malam pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pertandingan keroncong, ghazal, nyanyian lagu melayu asli, nasyid, kompang, gendang 24 dan juga gendang India.

Manakala pada 15 dan 16 Oktober, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi masakan dari chef selebriti Jo serta beberapa acara lain iaitu demonstrasi juadah warisan daerah dan pertandingan masakan 10 daerah.

Program akan bermula dari 9 pagi hingga 10 malam, dan antara aktiviti lain yang akan diadakan termasuklah edaran makanan warisan Johor kepada 200 orang.

Advertisement

Selain itu, antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang festival termasuklah demonstrasi canting batik, kompang, keris, setanjak dan tengkolok.

Pengunjung juga boleh melawati bengkel layang-layang, angklung, benang serat nenas, pembuatan anak patung, kompang, peragaan busana Johor, kemplingan, reog (barongan), seminar pemuliharaan bangunan warisan Malaysia, klinik konservasi, ritma Johor, Heritage Fun Race, tunas arkeologi dan memanah.

Masuk adalah percuma,

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top