BM | EN | 中文

SEMANGAT HARIMAU SELATAN DIBAWA KE TANJUNG PIAI

sheikh-umar-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 NOV: Pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menampilkan permainan yang terbaik bagi Perlawanan Akhir Piala Malaysia, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Beliau berkata, mana-mana pasukan yang berdepan dengan JDT pasti akan berhadapan dengan saingan yang sengit.

“Saya yakin JDT akan menampilkan permainan yang terbaik pada hari esok untuk memastikan kemenangan Piala Malaysia.

Advertisement

Sheikh Umar

“Kita menjanjikan saingan yang cukup sengit dan yakin akan mencapai kejayaan dan membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Pemuda Harapan dan Sukarelawan P165 Tanjung Piai, di sini.

Sheikh Umar berharap sokongan padu akan diberikan kepada JDT untuk menyemarakkan lagi perlawanan antara Kedah pada hari esok.

“Semua harus berpakat dan bersatu hati, dan sokongon penuh harus diberikan untuk memastikan kemenangan milik JDT,” katanya lagi.

Advertisement

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 akan menyaksikan Kedah FA lawan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Peminat bola sepak boleh menyaksikan perlawanan tersebut yang akan ditayangkan di beberapa lokasi di sini.

Antaranya termasuklah di Dewan Serbaguna (Komuniti Desa) Telok Kerang dan Warung 800 Taman Sri Jaya, Pekan Nanas, di sini.

Advertisement

Menariknya, sesi tayangan ‘big screen’ itu akan turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top