BM | EN | 中文

Semakin ramai sedar kepincangan dan menolak kerajaan

Serudin-Soud.jpg

Serudin Soud

Advertisement

BATU PAHAT, 26 JUL: Semakin ramai yang mulai sedar dengan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, kerajaan hari ini dilihat semakin lemah dalam menguruskan pemulihan negara.

Katanya, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan kerajaan hanya bersifat retorik dan tidak mendatangkan sebarang kesan baik kepada rakyat.

Advertisement

“Sebelum ini jangkaan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) pada Ogos 15,000 kes harian baharu. Namun belum sampai bulan Ogos, kes harian baharu sudah mencecah sebanyak 15,000.

“PPN itu hanyalah fantasi dan cakap kosong. Timbalan Perdana Menteri (TPM) pula berharap agar rakyat perlu bersabar empat hingga lima bulan lagi.

“Sampai bila perkara ini akan berakhir? Rakyat memerlukan kerajaan mengadakan langkah khusus menyelesaikan masalah segi ekonomi dan sebagainya,” tegasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa rakyat kini sudah mulai memikirkan untuk menegur kerajaan dengan cara mereka sendiri.

Katanya, konvoi bendera hitam Sabtu lalu dilancarkan bagi menyatakan ‘kerajaan gagal’ dan program itu mendapat sambutan ramai.

Hal itu menurut Serudin, kerana rakyat sudah penat dengan kegagalan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Advertisement

“Kerajaan membariskan kabinet yang ramai dengan lebih 70 orang sebagai menteri dan timbalan menteri.

“Rakyat harapkan suara kegelisahan dan kebimbangan mereka didengari. Bila kerajaan bertindak menghukum rakyat, menutup mata serta memekakkan telinga, rakyat pastinya akan marah.

“Rakyat sudah mulai mengibarkan bendera hitam sebagai tanda kerajaan gagal dalam menjalankan pelbagai tanggungjawab mereka,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top